Oh !! Saudaraku

February 02, 2014



Assalamualaikum..salam sejahtera semua.. 

Maaf yer hari ni rasa macam nak story morry sikit..boleh x? boleh x boleh tetap kena boleh yer..hehe
Tajuk entry hari ni mesti membuatkan orang tertanya-tanya..x kisah la..ada orang tertanya ke tidak tapi dayah rasa topic yang dayah akan cerita dekat sini mesti ada yang terjadi di luar sana..wALLAHualam..tapi dayah harap sangat x terjadi dalam family dayah..sebab buat masa sekarang semua ipar dayah ALHAMDULILLAH..bersyukur sangat kehadrat ilahi ^_^
Ok apa kata kita cerita tentang oh iparku..bagi sesiapa yang ada abang ipar, kak ipar, adik ipar..korang pernah x terjadi selisihan faham sehingga menjadikan tali persaudaraan tu renggang? Sedihkan bila kita sudah menganggap someone yang hadir dalam keluarga kita then lastly jadi renggang..ya ALLAH takot dayah mendengarnya..dayah ada satu story..hope sangat jadi tauladan kepada kita semua..

First sebelum kahwin..dia sangat baik dengan bakal adik ipar dia..jangankan adik ipar..dengan sepupu , saudara future husband dia, semua dia layan sama rata..kadang-kadang tu bila nak time raya..datang bagi kuih..and macam-macam lagi lah..dengan saudara-saudara pun cakap dengan sopan santun..tapi semua tu sebelum kahwin..tapi bila sudah kahwin jadi contra pula..boleh yer macam tu? Paling teruk dia buat dekat adik ipar dia..sampaikan bila someone els tengok diorang macam enemy pulak..dah dapat madu sepah di buang..

Boleh x peribahasa tu dipadankan dengan cerita ni..paling sedih sekali bila..si ipar ni buat family husband dia macam bukan family dia..kalau orang kedah cakap..buat halai balai means buat endah x endah..dayah rasa lah.. ada lagi ker yang jadi ipar macam ni? Ada lagi ker yang menganggap keluarga mentua sebagai mentua dan bukan keluarga sendiri?

Dayah hidup dalam suasana family yang cukup tekankan kekeluargaan..sampaikan dayah and adik beradik yang lain di larang sebut KAK IPAR / MENANTU..mak cukup marah kalau kami perkenalkan kakak-kakak sebagi kakak ipar walaupun hakikatnya diorang memang ipar..mak selalu cakap

‘bila kita sebut ipar umpama kita menganggap diorang sebagai orang lain..kakak kahwin dengan abang means kakak kahwin dengan seisi keluarga..tiada istilah ipar / menantu sebab semuanya anak mak’

Dayah selalu ingat pesan tu and mak pun x pernah memperkenalkan diorang sebagai menantu.. so dayah harap sangat story di atas x terjadi dalam kelaurga dayah dan keluarga pembaca sekarang..tapi kalau sudah terjadi sekarang dayah harap semua dapat hadapi dengan tenang dan biarkan diorang dengan sikap diorang tapi kita jangan sesekali tergolong dengan sikap diorang..mohon pada ALLAH agar di bukak pintu hati mereka untuk menerima hidayah agar ALLAH tunjuk jalan kebenaran..
Ok lah semu dah bebel-bebel panjang ni lapar pulak..jom makan dulu ^_^

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum