Adkdayah #4 : Sahabat itu anugerah terindah

January 20, 2017

SAHABAT SELAMANYA

Assalamualaikum,

Kalau nak bercerita tentang sahabat ni, dayah rasa tak akan habis, sebabnya banyak sangat yang nak diceritakan. Daripada zaman tadika hinggalah ke zaman universiti, pelbagai kawan dan sahabat yang dayah sudah jumpa. Kenapa dayah bezakan kawan dan sahabat? 

Sebabnya kawan adalah ketika mana kita berada di zon selesa untuk bergaul dan tidak semua cerita yang kita boleh sampaikan dan juga dia tidak akan faham maksud perilaku kita. Sahabat pula, saat kita menjadi diri kita yang sebenar dan kita juga tidak perlu ceritakan panjang lebar..cukup sekadar mempamerkan perasaan dengan memek muka, hanya dengan itu, sudah cukup untuk seorang sahabat memahami sahabatnya. Itu adalah definisi sahabat dan kawan bagi dayah.
sahabat, kasih sayang, bff, sahabat selamanya, anugerah terindah, sahabat yang susah dicari, u3p usim

Di sekolah rendah, dayah mempunyai 2 orang sahabat dan selebihnya adalah kawan. Sahabat dayah yang bernama putri dan nurain. Dua sahabat yang cukup sekadar mengembirakan hati seorang kanak-kanak yang sedang belajar apa itu persahabatan. Dayah ingat lagi, saat berpisah di tahun 6, putri pindah ke Kuala Lumpur dan dayah di Kedah. Kami sanggup berutus surat, bayangkan zaman 2006 waktu dayah tingkatan 1, waktu tu mana la kenal facebook atau wechat, whatsapp semua ni. Cara untuk hunungi dan ceritakan segala macam semuanya melalui surat. Dayah masih simpan surat tu sampai sekarang. Hehe

sahabat, kasih sayang, bff, sahabat selamanya, anugerah terindah, sahabat yang susah dicari, u3p usim
dayah dengan ana, sahabat sampai sekarang, yang selalu dengarceloteh dayah..thanks dear

Apabila masuk sekolah menengah, dayah tinggal do asrama, jadinya dayah dapat kenal lagi rapat dengan kerenah manusia yang pelbagai. Sahabat? Dayah boleh kira tapi sahabat yang masih lagi berhubung dengan dayah sampai sekarang adalah sahabat bagi dayah. Jannah, ana, malina, muslihah antara sahabat yang dayah rasa cukup sekadar korang tahu, diorang adalah sahabat yang sentiasa ada untuk dayah ketika jatuh, diorang yang ada saat dayah memerlukan. Ini antara sahabat yang penting di kedah. Sayang sangat dengan diorang ni. Kalau nak senaraikan, ramai juga sahabat daripada kawan dekat sekolah menengah ni, tapi nanti panjang-panjang, korang malas baca pula..huhu

sahabat, kasih sayang, bff, sahabat selamanya, anugerah terindah, sahabat yang susah dicari, u3p usim
dayah dengan dja, sahabat dari masuk usim sampai sekarang, susah senang jatuh bangun bersama dia di USIM
Lepas habis di sekolah menengah, dayah sambung pelajaran dayah ke USIM, di USIM dayah berjumpa dengan pelbagai ragam manusia daripada pelbagai negeri. Dayah dapat belajar banyak dialek negeri dan paling penting dayah dapat jumpa sahabat yang dayah kasih sangat. Dijah, zura, mek, mai, anip, wadi, k.cik. Allah..kalau la dayah dapat tunjukkan betapa hebatnya diorang dalam hubungan persahabatan, dayah pasti orang pertama yang tunjuk dan perkenalkan diorang kepada korang.
sahabat, kasih sayang, bff, sahabat selamanya, anugerah terindah, sahabat yang susah dicari, u3p usim
dayah, mek, dja dan mai..sahabat sekepala yang sangat havoc, sahabat yang selalu ada tika dayah rasa down..sayang diorang lillahi taala
Sahabat jatuh naik bersama, sahabat tika susah senang dan sahabat yang, menggila bersama dan paling pentimg semuanya sporting dan supported. Betapa hebatnya tali persahabatan yang terbina ini. Dayah sendiri bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang hebat selama dayah hidup ini. Terima kasi ya ALLAH.

Dayah doakan korang bersama dengan sahabat yang menyayangi korang dengan seikhlas hati. Semoga Allah bersama korang dengan limpahan kasih sayangNYA. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. Wkmsalam
    Sahabat sejati sentiasa bersama2 kita pada waktu susah senang.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum