Kata-kata positif #9

January 18, 2017

Matthew keith groves


Assalamualaikum

“Winners lose much more often than losers. So if you keep losing but you’re still trying, keep it up! You’re right on track.” -Matthew keith groves

Orang yang berjaya, lebih banyak kehilangan daripada orang yang tidak berjaya. Jika kamu kehilangan sesuatu dan tetap masih cuba melakukan ia, kekal kan kerana kamu berada dilandasan yang betul. Kalau asyik mengalah jer, itu buka ciri-ciri orang yang berjaya. Kalah bukan bermakna kita lemah dan tidak berdaya, kalah itu mengajar kita apa itu erti kehidupan yang sebenar.

Contohnya, kawan dayah pernah cuba isi SPA dan juga dapat temuduga sebagai nurse, tapi masih tetap tidak diterima. Dia tetap cuba dan terus cuba sehinggalah kali ke 8 dia cuba, akhirnya alhamdulillah, dia berjaya dan sekarang merupakan nurse di hospital di Kuala Lumpur. Itu menandakan setiap jalan yang kita tempuh pasti aka nada halangan. Kita sendiri yang perlu kuat untuk hadapi halangan itu. Jangan pernah mengalah kerana kita tidak tahu apa yang sedang menunggu kita di masa hadapan.


Waktu dayah nak masuk Maktab Mahmud dulu pun macam tu, keep trying walaupun asalnya tidak dapat masuk. Mak ayah memang usaha sangat-sangat sebab teringin nak anak dia masuk sekolah agama dan juga asrama. Akhirnya, alhamdulillah..berkat doa dan juga usaha. Dayah berjaya berada di Maktab Mahmud selama 6 tahun.

Sekarang ni, tengah usaha untuk dapat kerja tetap jer. Dayah sentiasa akan berusaha. Kadang tu orang tidak nampak usaha kita. Tapi hiraukan kata-kata dan pandangan sinis mereka, kerana usaha kita bukan untuk dihebohkan sekampung. Kita hanya tunjukkan kejayaan dan jangan hanya cakap kosong dan besar tapi satu habuk tak jalan. Betul tak? Sebab tu selalu ingat ayat ni “don’t tell them your dream but show it”

Doakan dayah untuk berjaya dapat tempat di sector pendidikan yer. Dayah teringin sangat nak jadi cikgu, dari kecik sampai la sekarang. Cita-cita tu tak pernah padam. Doakan dayah yer semua. Semoga dayah berjaya dalam bidang yang diceburi. Dayah doakan korang pun berjaya dengan apa yang korang pilih. Semoga sentiasa didalam redha ILAHI. Aminn.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum