Hari pertama: Menu berbuka puasa

May 28, 2017

Menu berbuka puasa


Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 hari kita berpuasa. Betul tak? semalam, apa menu berbuka puasa korang? Selalunya hari pertama puasa, mesti kita akan berkumpul dengan semua adik beradik, betul tak? tambah-tambah pula hari pertama kan..haha mesti ada jer macam-macam keinginan yang kita nak makan. Hari ini dayah nak cerita menu berbuka puasa keluarga dayah semalam, simple dan sangat-sanagt mudah dan paling penting sedap sebab masakan ibu. Hehe

Menu berbuka puasa



menu berbuka puasa, nak masak apa bulan puasa, menu puasa
Kari ikan, sayur bayam, ikan masak asam, ulam dan ulam dan ulam..haha


menu berbuka puasa, nak masak apa bulan puasa, menu puasa
ayam telungkup yang viral tu.
Ayam telungkup tu dayah pergi beli dengan abang dayah dekat bazar Taman Ria Sungai Petani. Seekor RM22 dan ini ayam berempah, dia ada 2 jenis ayam telungkup, ayam berempah dan ayam berlada. Disebabkan baru hari pertama berpuasa, abang cakap lebih baik ambil yang berempah daripada yang berlada, buatnya pakat sakit perut nanti, naya ja. haha

menu berbuka puasa, nak masak apa bulan puasa, menu puasa
Murtabak percuma yang disedekah oleh sekumpulan anak muda dekat Petronas dekat Nashmir sebelum sampai bazar ramadhan Taman Ria.

menu berbuka puasa, nak masak apa bulan puasa, menu puasa
Chuross kegemaran dayah, selalu kalau masa puasa mesti akan pergi cari dekat bazar ramadhan taman ria, sebab bazar dekat rumah dayah tak ada. Nak buat sendiri malas. Hahaha

menu berbuka puasa, nak masak apa bulan puasa, menu puasa
The best in the world, cekodok pisang yang mak buat. Perhhh ni tengah puasa terus terliur, haishh kurang pahala puasa ko dayah. haha

Kepada sesiapa yang tak tahu nak makan apa untuk hari ini, boleh la rujuk apa yang dayah cerita dekat atas. Hari ini punya menu tak keluar lagi sebab dayah tengah kerja, huhu orang lain pakat cuti, cek seorang kerja. nasiblah badan, cari duit lebih nak raya. haha

okey la semua, semoga berjumpa lagi dan selamat berpuasa =)

2 Ramadhan

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

  1. nak churrossss! kat sini tak ada org jual churros wuuuuuu

    ReplyDelete
  2. Perghh meriah berbuka semalam.. ena bila sikit2 je sebab takut tak habis... Rumah ada brp org je

    ReplyDelete
  3. Wah meriahnya makanan.
    Selamat berpuasa Dayat

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum