Bateri kereta 'kong' Carilah bateriku.com

January 11, 2017

Bateri Kong Cari Bateriku.com

Assalamualaikum,

Dayah ingat lagi masa dayah praktikal dekat Sekolah Menengah Agama Nilai tahun lepas. Dayah serumah dengan kawan kos dayah tapi berlainan kelas. Dia bawa kereta, jadinya kami selalu tumpang dia. Dayah ingat lagi masa lepas dayah accident, dayah takut nak naik motor, jadi dayah ajak dia teman pergi Giant sebab nak beli barang, dah alang alang tu boleh keluar makan terus. Masa nak naik kereta, start jer engine tak bunyi, star lagi, tak bunyi juga..sah!! Rosak dah ni..kitorang fikir memang rosak dah.. Yer la, faham-faham jer la kalau perempuan dengan kereta, mana ambil kisah sangat.

Fikir punya fikir, nampak pakcik jual burger tengah siap-siap nak buka kedai, tanya dia dan dia pun check kereta dan dia bagitahu ada masalah bateri. Adoii, sah lepas ni memang kena ambil kisah pasal kereta. Jadi dayah nak kongsi sedikit tentang berkenaan bateri kereta bagi yang tidak beberapa ambil kisah sangat, terutamanya perempuan.

Apa nak buat bila Bateri Kong ?

Kita ni perempuan, tak perlu nak cari pakwe ataupun suami yang mekanik untuk jaga kereta kita, sekurang-kurangnya ambil tahu dekat siapa, dan macam mana nak cari bantuan untuk dapatkan bantuan segera kalau berlaku masalah macam dayah tadi. Kalau kena bateri basah ok la juga sebab boleh tambah air, kalau bateri kering? Nak tambah apa, betul tak? Bateri Kong Cari Bateriku.com

Dayah dapat tahu tentang bateriku.com ni melalui kawan-kawan blogger dayah. Haa..lepas ni memang kena simoan no bateriku.com. Senang sikit, ada ja masalah mengenai kereta, boleh cari diorang.

Apa itu Bateriku.com ?

Bateriku.com, mencadangkan bateri mengikut kesesuaian kenderaan. Sebagai pengguna, kita boleh bertanya untuk dapatkan model dan jenama bateri seperti yang kita mahukan (jika kita tahu model/brand) Tetapi tidak semestinya jenama yang kita mahukan ada dalam simpanan, ianya bergantung kepada simpanan stok semasa Bateriku.com. Perlukan pemeriksaan bateri atau tukar bateri baharu? Semua cas PERCUMA. Hanya bayar harga bateri" PEMERIKSAAN, PENGHANTARAN & PEMASANGAN ADALAH PERCUMA. 8:00 PAGI - 11:00 MALAM 365 HARI/ SETAHUN
  

Kelebihan Menggunakan Servis Bateriku.com



1. Harga lebih murah jika dibandingkan dengan tempat atau servis lain.

Harga bateri yang ditawarkan di bateriku.com memang murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Memang berbaloi jika anda mendapatkan khidmat dari bateriku.com ini. Disamping dapat menjimatkan wang, anda juga dijamin dengan barangan yang berkualiti dari bateriku.com.


2. bateriku.com merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan dipercayai.

Ramai yang telah telah menggunakan khidmat dari bateriku.com ini dan ternyata kebanyakan dari pelanggan yang menggunakan servis mereka sangat berpuas hati dengan setiap layanan dan servis yang disediakan.


3. Servis penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan adalah PERCUMA.

Semua orang suka benda percuma kan? Bateriku.com menyediakan servis percuma untuk setiap penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan. Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Bukankah itu sudah menjimatkan duit anda?


4. TIDAK PERLU beli bateri dan tiada caj sekiranya bateri kereta masih elok.

Bateriku.com akan memeriksa bateri kereta anda terlebih dahulu sebelum melakukan penukaran. Sekiranya bateri kereta anda masih elok, anda tidak perlu risau untuk membayar servis pemeriksaan kerana bateriku.com tidak mengenakan sebarang bayaran untuk pemeriksaan.


5. Pembayaran juga boleh dibuat melalui debit dan kredit card.

Jika anda tiada cash di tangan, anda tidak perlu tergesa-gesa ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang sebaliknya anda boleh membuat khidmat bayaran dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda. Mudah kan? 
Web : www.bateriku.com
Toll-Free : 1800-22-2324
Whatsapp 012-245 8027



[Bateriku.com kini beroperasi di Selangor, Kulala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Bateriku.com akan sampai ke seluruh Malaysia pada penghujung tahun ini. Waktu beroperasi adalah jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam]



barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum