Adkdayah #1 : Hobi

January 16, 2017

MEMBACA, LAYAN MOVIE DAN MENULIS


Assalamualaikum,

Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap daripada kita mesti akan ada satu atau lebih daripada tiga hobi, betul tak? Dayah pun lebih kurang sama dengan korang, hobi dayah berkemungkinan sama dengan korang dan ada yang tak sama. Jom kongsi hobi masing-masing nak tak? Dayah ada 3 hobi, antaranya ialah membaca, layan movie, menulis.

1.Membaca adalah jambatan ilmu.


Hobi membaca ni sudah bermula daripada dayah bersekolah rendah sampailah sekarang. Tak kisah bahan bacaan daripada mana..novel, surat khabar, majalah atau pun bahan bacaan daripada internet..salah satunya daripada blog la.Hehe.. 

Waktu dayah sekolah menengah dayah banyak baca novel, mak dayah tak suka dayah baca novel sebab katanya novel itu bahan bacaan khayalan yang boleh melalaikan, tapi bagi dayah pula, dayah banyak belajar buat ayat dan perkataan-perkataan baru semuanya daripada novel. Selain itu, dalam banyak-banyak novel, kalau kita baca novel yang banyak memberi motivasi, dayah rasa tak salah. Contohnya novel daripada karya Hlovate, kebanyakkan dayah dapat motivasi dan semangat daripada hasil penulisan beliau. Sangat-sangat digalakkan baca hasil karya beliau. 

Semasa dayah dekat USIM pula, dayah banyak baca surat khabar, mungkin subjek kewartawanan yang diambil menjadi penyebab kenapa dayah selalu sangat pergi baca surat khabar. Haha ambil ilham kononnya. Jadi kesimulannya, lagi banyak kita baca, lagi banyak kita dapat ilmu baru.

2.Movie atau drama yang memberi otak kita berfikir


Kenapa dayah kata movie atau drama yang memberi otak kita berfikir? Ini adalah pendapat dayah, kalau pendapat korang dayah tak tahu la. Dayah suka tengok cerita korea yang memberi otak kita ni berfikir dan terus berfikir. Maka oleh itu, kita boleh enjoy dengan drama tersebut dan dalam masa yang sama, kita dapat ilmu dan motivasi daripada drama tersebut. 

Ada ke drama korea yang boleh bagi ilmu dan motivasi dekat kita? Eh eh korang, ada la. Antaranya drama Pinochio, its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, kill me heal me, Descendant of the Sun dan banyak lagi la. Nak dayah senaraikan sebab ke? Ok boleh tapi tunggu next entry yer, sebab banyak sangat sebab-sebab yang bermanfaat yang dayah boleh kongsi dengan korang.

3. Menulis adalah kunci untuk kita ikat ilmu yang kita dapat.


Pernah dengar tak kata-kata ni “ ilmu adalah burung, mata pena adalah tali yang untuk ikat burung tersebut” kata-kata ini membawa maksud, ilmu yang kita dapat, kalau kita tidak tulis pasti suatu hari nanti kita akan lupa ilmu yang diberi itu. Zaman sekarang  tidak susah untuk kita sediakan pen dan kertas untuk kita tulis apa yang kita dapat. Hamper setiap daripada kita mempunyai smartphone, catat jer apa yang nak dicatat dalam tu. 

Dayah ingat lagi masa dayah di sekolah menengah, dayah suka tulis puisi didalam buku, kadang-kadang tu apa yang terlintas dalam fikiran pasti akan ditulis, tak kisah buku atau pun kertas, yang pastinya saat idea nak menulis tu datang, memang cepat-cepat cari pen nak tulis. Mungkin sebab itu, terbinalah blog ini. Hehe sekali sekala dia datang malas tu, terus malas nak menulis, maaf yer blog kesayangan..huhu

Korang pula? Apa hobi korang? Jom lah kongsi dengan dayah, mungkin dayah boleh cuba hobi baru =)

Jumpa di next entry yer, semoga korang dalam lindungan Ilahi dan redhaNYA. Aminn.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum